Melindungi kesihatan anda- serta kesihatan orang lain.

Anda perlu mengetahui cara mengurangkan risiko untuk dijangkiti dan menyebarkan coronavirus sebab:
  • Jika anda dijangkiti coronavirus, risiko untuk menyebarkan kepada orang lain adalah tinggi. 
  • Coronavirus boleh menyebabkan kesakitan yang serius- warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan adalah yang paling berisiko, tetapi kematian telah menimpa dewasa yang sihat juga. 
  • Jika anda dijangkiti coronavirus daripada ahli keluarga yang sakit, anda tidak akan boleh menjagai mereka. 
  • Doktor-doktor dan hospital mungkin sebegitu sibuk, sehingga hanya kes-kes yang paling teruk boleh dirawati.
  • Dengan penyebaran coronavirus secepat ini diseluruh dunia kita perlu melindungi semua orang sekarang supaya kita ada cukup masa untuk menghasilkan vaksin.

Ia mungkin mengambil sedikit latihan bagi anda dan keluarga anda untuk mengikuti idea-idea dalam Germ Defence. Tetapi, sebaik sahaja anda telah mempelajari cara-cara ini, mereka akan menjadi tabiat yang boleh diikuti dengan mudah- dan mereka akan melindungi anda daripada kesakitan setiap tahun.

Muka surat 1 daripada 10